Suami Miera Liyana Didakwa Muflis, Tak Boleh Keluar Negara?

Suami kepada pelakon MieraLiyana iaitu Rosland Othman didakwa telah diisytihar muflis dan di tahan keluar dari negara.

Perkara itu dikongsikan oleh aktivis wanita, Mona Din menerusi satu hantaran di Facebook berkenaan bekas madu Miera iaitu Adibah Abdul Mutalib.

BACA: Bekas Madu Miera Leyana Puas Hati Menang Kes Nusyuz

“Dan kala ex-nya dia kini di declared bankrupt dan di tahan dari keluar negara, Allah telah membawa Adeeb banyak kali bercuti overseas hadiah dari syarikat yang disertainya.

“Yang terbaru, Adeeb dan semua anak-anaknya telah pergi bercuti bersama ke Australia hasil usahanya sendiri,” tulisnya. 

Sementara itu, Mona turut berkongsikan dia melihat Adibah berada di saat genting anak kecilnya ‘dilarikan’ dari sekolah dan dinafikan haknya untuk melawat anak yang berada di hospital.

Malah, dunia Adibah ranap apabila diceraikan dan hampir segalanya hilang selepas 28 tahun mendirikan rumah tangga. Namun Mona berkata Allah melindungi Adibah dan semua anak-anak kembali ke pangkuannya.

“Adeeb menang dalam segala perkara di Mahkamah. Akhirnya semua anak-anak kembali ke pangkuan ibu kandung tercinta tanpa perlu beliau berbuat sesuatu yang tidak baik. Allah pulangkan semua anak-anak kepadanya kini,” katanya. 

Terdahulu, Rosland menceraikan Adibah pada Ogos 2023 selepas 28 tahun mendirikan rumah tangga. Pasangan itu dikurniakan lima orang mata.

×