Suami Miera Leyana Teruskan Tuntutan Nusyuz Terhadap Adibah 

Suami kepada pelakon Miera Leyana, Rosland Othman tetap meneruskan tuntutan nusyuz terhadap bekas isteri pertama, Adibah Abdul Mutalib meskipun sudah sah bercerai pada 3 Ogos lalu.

Memetik mStar Online, Adibah berkata dia bersedia untuk pertahankan diri serta memberi keterangan bagi membuktikan dirinya tidak nusyuz seperti didakwa bekas suaminya itu.

BACA: “Rasa Hati Ini Hancur, Sedih Mengenangkan Anak-Anak” – Adibah

Menurut Adibah lagi, dia turut bingung serta tidak tahu apa yang dimahukan oleh bekas suaminya itu namun yakin dirinya tidak bersalah.

“Saya pun tak tahu apa dia nak..saya sedia untuk membela diri. Saya yakin saya tidak nusyuz,” katanya.

Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Adibah iaitu Mohd Junid berkata anak guamnya itu sudah berusaha menyelesaikan tuntutan tersebut sebelum mereka bercerai.

“Ada perbincangan sejak awal lagi untuk selesaikan kes di luar mahkamah secara baik. Walaupun sudah bercerai tetap ada usaha untuk berbincang secara baik.

“Itu hak dia untuk teruskan kes di mahakamh. Mungkin ada alasan sendiri. Sebagai peguam, saya hanya jalankan tugas membela anak guam,” katanya.

Terdahulu, Rosland memfailkan nusyuz terhadap Adibah ketika mereka masih bergelar suami isteri atas faktor alasan ingkar perintah suami apabila tidak meminta izin ketika keluar dari rumah.

×