Kewujudan Grab dan Uber sudah menjadi kebiasaan buat pengguna setia perkhidmatan berbayar ini. Mana tidaknya dengan menggunakan perkhidmatan e-hailing ini, ia memudahkan anda untuk bergerak ke mana-mana, lebih-lebih lagi di sekitar Kuala Lumpur.

Namun Julai ini terdapat satu lagi perkhidmatan baru yang bakal dikeluarkan oleh e-hailing yang cukup selesa dan kami percaya ia akan memberikan ada sebuah kenangan manis.

Perkhidmatan baru yang kami maksudkan adalah perkhidmatan Spedy. Spedy merupakan sebuah perkhidmatan yang akan memberikan anda keselesaan di sepanjang perjalanan menuju ke destinasi.

Nak tahu lebih lanjut mengenai Spedy? Di sini kami kongsikan beberapa kelebihan perkhidmatan Spedy berbanding perkhidmatan berbayar yang lain.

1. Penumpang Boleh Memilih Pemandu

Berbeza dengan perkhidmatan berbayar yang lain, dengan perkhidmatan Spedy penumpang boleh memilih pemandu untuk menuju ke destinasi yang di pilih.

Terutamanya, buat penumpang wanita anda boleh memilih pemandu wanita untuk mengiringi perjalanan anda. Yalah segelintir penumpang wanita mereka tidak selesa dengan pemandu lelaki.

Bukan senang tau nak jumpa perkhidmatan yang memenuhi kehendak penumpang.

Senang cerita jika anda ingin memilih pemandu, pilihlah perkhidmatan Spedy!

2. Beroperasi 24 Jam

Seperti perkhidmatan e-hailing yang lain, Spedy juga beroperasi 24 jam untuk membawa penumpang ke mana sahaja di sekitar Kuala Lumpur.

Difahamkan Spedy yang mula beroperasi di Kuala Lumpur ini akan berkembang ke negeri-negeri lain mengikut masa dan waktu yang bakal ditetapkan kelak.

Jadi lepas ini mudahlah pergerakan orang awam sekiranya aplikasi yang mereka sentiasa gunakan itu lambat memberi maklum balas boleh berubah angin untuk menggunakan perkhidmatan Spedy.

3. Kadar Pembayaran Yang Berpatutan

Dengan perkhidmatan Spedy kadar bayaran yang dikenakan juga mengikut jarak perjalanan yang diinginkan oleh penumpang. Senang cerita bayaran yang dikenakan adalah masuk akal dengan jarak perjalanannya.

Meskipun kini terdapat perkhidmatan yang mempunyai kadar bayaran murah. Namun dengan perkhidmatan Spedy kami yakin anda akan tersenyum lebar apabila melihat kadar bayaran yang berpatutan itu terpapar di skrin telefon bimbit anda.

Jika anda tidak percaya apakata pilih Spedy sebagai perkhidmatan utama anda seharian. Barulah anda tahu kadar tambangnya yang akan membuatkan anda jatuh cinta.

4. Peluang Pekerjaan Sebagai Pemandu

Memandangkan Spedy merupakan sebuah perkhidmtan baru yang bakal mula beroperasi pada Julai ini. Spedy juga membuka peluang pekerjaan untuk semua golongan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Ia juga tidak hanya terhad untuk bekerja sepenuh masa malah bagi anda yang ingin menjadikan pekerjaan sebagai pemandu Spedy sebagai pekerjaan sambilan juga turut diberi peluang.

Jadi kepada anda yang mencari pekerjaan baru ataupun inginkan pekerjaan sambilan, anda boleh mendaftar diri sebagai pemandu Spedy bermula 27 June ini untuk pengguna smart phone Android manakala untuk pengguna smart phone IOS anda boleh mendaftar pada 29 June.

Selepas anda mendaftar sebagai pemandu Spedy melalui aplikasinya, anda juga perlu mengesahkan pekerjaan baharu anda pada 2 Julai di pejabat Spedy yang terletak di Publica, Kuala Lumpur.

Ia juga tidak terhad kepada pemandu lelaki sahaja, pemandu wanita juga turut dialu-alukan. Apa salahnya jika anda ingin menambah pendapatan lebih. Inilah masanya.

5. Aplikasi Spedy Yang Mudah Difahami

Aplikasi Spedy ini lebih mudah untuk anda fahami berbanding aplikasi perkhidmatan yang lain.

Buat penumpang Spedy yang akan beroperasi sepenuhnya pada 5 Julai ini anda boleh menggunakan aplikasi Spedy melalui akaun Play Store mahupun App Store di telefon bimbit anda.

Namun buat pemandu perkhidmatan Spedy mereka akan menggunakan aplikasi Spedy Driver sebagai aplikasi yang akan memberi maklumat penuh mengenai penumpang dan destinasi yang ingin dituju oleh penumpang.

Aplikasi Spedy yang mesra rakyat ini sedikit sebanyak memudahkan anda untuk membuat tempahan dan sekaligus menjimatkan masa anda ketika menggunakan aplikasi ini.

Jadi apa tunggu lagi dengan adanya perkhidmatan Spedy anda tidak perlu pening kepala lagi untuk fikir tempat letak kereta, tak perlu tertekan apabila jalan jem dan yang paling penting anda akan lebih selesa apabila memilih sendiri pemandu yang anda inginkan.

Bukan sahaja memberi anda keselesaan untuk bergerak kemana-mana, ia juga memberi peluang pekerjaan kepada anda yang sedang mencari pekerjaan baru ataupun untuk menjadikan pekerjaan pemandu Spedy sebagai pekerjaan sampingan.

Untuk maklumat lanjut anda boleh terus ke alamat yang tertera dan boleh juga telefon di talian yang dipaparkan bermula 27 June 2018 untuk sebarang pertanyaan.

Alamat : D4-3-15 Solaris Dutamas, No 1, Jalan Dutamas 1 50480 Kuala Lumpur.
E-mail : [email protected]
No telefon : 03-64118977