Soal Jodoh, Zulin Aziz Serah Pada Takdir

Pelakon Zulin Aziz menjelaskan rasa pelik apabila dia sering ditanyakan soalan mengenai hubungannya bersama Ariz Forteen. Bagaimanapun, Zulin tidak berselindung dalam memberi jawapan kepada persoalan tersebut kepada peminat.

BACA: Peminat Restui Hubungan Ariz Forteen Dan Zulin Aziz

“Selagi kami tak cakap bahawa kami bercinta, orang akan tetap bertanyakan soalan yang sama. Kadang-kadang saya pelik, mereka tak penat ke sering tanya soalan yang sama. Jika benar saya ada perasaan terhadap Ariz, lebih baik saya beritahu dia terus, buat apa saya bercerita pada orang lain”

“Tapi buat masa ini kami selesa berkawan. Jika ada jodoh di masa hadapan, biar Allah yang tentukan. Saya tak mahu komen lebih-lebih sebab macam-macam boleh jadi. Nanti kalau cakap ya kami bercinta, sekali hubungan itu tak menjadi”

“Perkara itu dah pernah jadi pada orang lain dan kalau boleh jangan sampai jadi pada kita,” jelasnya kepada Tonton Extra. Selain itu, dia juga menyatakan bahawa Ariz adalah seorang yang memahami dan sebenarnya dia pun gila-gila juga. (rtky/s)

×