Pelakon sensasi, Ruhainies memberitahu dia belum terfikir untuk segera mencari teman hidup ataupun menamatkan zaman bujang meskipun usia sudah mencecah 32 tahun.

Memetik mStar Online, dia menyerahkan soal jodoh kepada Allah dan tidak mahu tergesa-gesa dalam hal mencari pasangan hidup.

BACA: “Baru Selesai Kerjasama Dengan Beberapa Jenama” – Ruhainies Tak Rasa Kena Boikot

“Soal jodoh kita serah kepada Allah, just go with the flow. Bukan mudah kalau kita bercakap tentang jodoh dan kita tak boleh nak tergesa-gesa. 

“Namun kalau ada yang sudi saya terbuka untuk terima. Jika lelaki itu adalah jodoh terbaik, mestilah saya akan terbuka hati,” katanya.

Sementara itu, Ruhainies berkata kariernya berjalan seperti biasa dan masih menerima tawaran kerja meskipun sebelum ada netizen yang mahu memboikotnya susulan kontroversi terpalit dirinya.

“Tak rasa pun diri ini kena boikot. Kalau betul pun ada, itu diluar bidang kuasa saya. Percaya pada rezeki, kalau Allah dah tetapkan, tetap akan jadi milik saya. Jika tiada rezeki saya tahun ini, mungkin tahun depan ada lagi,” katanya.

SUMBER: mStar Online

×