Siti Saleha Mengaku Sudah Bertunang Dengan Joshua Fitton

Pelakon Siti Saleha mendedahkan dia dan kekasihnya, yang huga pereka fesyen ternama tempatan Joshua Fitton sudah mengikat tali pertunangan.

Saleha membuat pengumuman itu ketika menghadiri Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) pada Jumaat lalu.

BACA: Orang Korea Terpegun Kecantikan Siti Saleha, Jadi Bualan Media Korea

@officialklfw

You heard it first – she’s engaged! ?? Siti Saleha & Joshua Fitton just announced it at KL Fashion Awards 2024! #KLFA2024 #KLFA #KLFW #AmPrivateBanking #MandarinOrientalKL #ImAFan #Ky?tillKO

? Diet Pepsi – Addison Rae

Difahamkan, berita gembira itu dikongsikan oleh pasangan tersebut selepas ditanyakan mengenai kehidupan sepanjang tahun 2024.

“2024 sangat bagus dan kami sudah bertunang. Saya terbuka mengenai perkara tersebut,” katanya.

Terdahulu, Siti Saleha pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar. Namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama empat tahun dan tidak dikuniakan cahaya mata.

×