fbpx

Siti Nurhaliza Kini Bergelar Datuk Seri

Lagi berita gembira untuk hari ini, penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza telah dianugerahkan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri. Kurniaan darjah itu disampaikan sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Balairong Seri Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pagi tadi.

BACA: 11 Tahun Usaha, Siti Nurhaliza Kini Hamil 4 Bulan

Penghormatan itu turut dikongsikan Siti menerusi akaun Instagram miliknya, sambil mengucapkan syukur diatas darjah kebesaran yang diberi. Beberapa gambar turut dimuat naik dan mendapat perhatian peminat yang mengucapkan tahniah buat penyanyi kesayangan mereka yang selamat ini mengecapi pelbagai kejayaan dalam bidang nyanyian.

Selain itu, ada juga yang menganggap kurniaan berkenaan sebagai rezeki anak, dimana pada ketika ini Siti sedang hamil empat bulan. Untuk pengetahuan, sebelum ini Siti turut menerima penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) daripada Sultan Pahang yang membawa gelaran Datuk. Tahniah diucapkan buat Siti! (rtky/w)