“Simpan Je Lato-Lato Tu Dalam Peti Mayat, Sembang Tin Kosong”

Pelakon Shakilla Khoriri hilang sabar apabila ada netizen bernama @aswadnaj88 meninggalkan komen mendakwa Shakilla ‘menyondol’ suami rakannya.

Tidak hanya berdiam diri, menerusi hantaran di Insta Story, Shakilla meminta individu tersebut untuk menjawab mesej peribadi yang dihantarnya di Instagram susulan tuduhan dia merampas suami orang.

BACA: Fizi Ali Nafi Isteri Terlibat Pendaftaran Sekolah Ameena, Tegur Shakilla Merentan Di IG

Menurut Shakilla lagi, dia tidak suka mahu ‘bersembang’ jika tiada bukti dan turut dikongsikan paparan individu tersebut telah menyekat akaunnya serta tidak membalas mesej yang dihantar.

“Kita ni DM baik-baik, di blocked nya kita… I ni tak suka berbalas komen dengan manusia serba tahu so I DM. Lebih sopan,” katanya.

Sementara itu, Shakilla berkata jika mahu menulis sesuatu kononnya serba tahu perlu berani dan yakin dengan apa yang ditulis serta tidak hanya sembang tin kosong.

“Simpan je lah lato-lato tu dalam peti mayat. Sembang tin kosong. Lain kali jangan busy body. Jangan nak jadi yang paling tahu hal orang lain,” katanya.

×