Shuib Nafi Hidup Bermewah-Mewah Cuma Suka Main Golf

Minggu lalu hangat diperkatakan apabila tular dakwaan mengenai syarikat minuman Bubblebee culas membayar KWSP pekerja dan perkara itu diakui oleh pelawak dan usahawan Shuib.

Susulan isu tular itu, Shuib dituduh hidup bermewah-mewah namun boleh menculas membayar caruman KWSP pekerja syarikat minumannya itu.

BACA: Dakwaan Tak Bayar KWSP Pekerja, Shuib Mohon Maaf Tak Sedia Jawab

Memetik sebuah temu bual program hiburan, Shuib menafikan dakwaan tersebut serta mengatakan dia menjalani kehidupan seperti biasa iaitu pergi bekerja dan bermain golf.

“Kalau betul rapat dengan saya, tahu saya cuma pergi kerja dan aktiviti luar bersukan adalah bermain golf.

“Saya jalani hidup macam biasa. Ada masa memang ada pergi bercuti bersama keluarga. Itu penting. Tidak mungkin saya tidak boleh keluar. Dah kenapa kan?,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib berkata tuduhan itu seolah sengaja menambah minyak dalam api memandangkan dirinya terpalit dengan isu berkenaan.

“Tidak faham bila kata berhibur dan bermewah. Itu yang saya pelik kerana tengok kehidupan saya memang tiada pun.

“Benda memang sudah ada salah, jadi orang pun mula mahu tokok tambah cerita. Saya tahu diri saya. Kita pun pernah buat salah, jadi saya tidak mahu perkara saya berulang lagi,” katanya.

Terdahulu, Shuib mengakui sangkut membayar membayar KWSP pekerjanya. Malah, pihaknya juga telah membuat rundingan dengan KSWP untuk membayar caruman secara ansuran selepas mengalami masalah pengurusan kewangan sebelum ini.

×