Shuib Bangga Hampir 4,000 Peminat Hadir Tonton Mini Konsert Talita

Umum mengetahui, semalam berlangsungnya mini konsert percuma anak kepada Shuib Sepahtu iaitu Dzahira Talita Zahra yang dianjurkan restoran kambing kerap popular, Pak Mat Western.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shuib memaklumkan hampir 4,000 orang hadir untuk menyaksikan persembahan serta memberi sokongan buat Talita.

BACA: “Kalau Arwah Ibu Ada…” – Talita Gembira Impian Jadi Penyanyi Akhirnya Tercapai

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Dalam hantaran itu, Shuib turut mengucapkan terima kasih kepada Pak Mat Western kerana mengadakan mini konsert berkenaan.

Perkongsian Shuib itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan Talita sememangnya mempunyai aura dan berbakat seperti arwah ibunya, Siti Sarah.

Malah, ada yang memuji Shuib yang disifatkan bapa yang sentiasa menyokong anaknya serta mendoakan kejayaan buat Talita dalam apa yang ingin dikecapi.

×