fbpx

Shila Amzah Selamat Bertunang Dengan Jejaka Pilihan

Dalam perkembangan terkini yang dikemaskini melalui beberapa akaun media sosial, penyanyi terkenal Shila Amzah dilaporkan telah selamat mengikat tali pertunangan dengan pemuda pilihan.

Majlis pertunangan ini difahamkan berlangsung di kediaman keluarga Shila Amzah dan tiada maklumat tentang identiti lelaki yang menjadi pilihan hati penyanyi ini.

UPDATE-1: Jejaka yang menjadi pilihan Shila Amzah bernama Haris Idraki Elias yang berusia 28 tahun yang bekerja dalam sektor kewangan di kota London. Beliau juga pernah bekerja sebagai wartawan di The Star pada tahun 2015.

Berikut merupakan video yang sempat dirakamkan di majlis pertunangan Shila Amzah. Kami akan kemaskini maklumat terbaru tidak lama lagi.