fbpx
WhatsApp

Shila Amzah Sah Bergelar Isteri Ubai

Tahniah diucapkan buat penyanyi Shila Amzah yang selamat bergelar isteri kepada pempengaruh media sosial, Ubai dengan sekali lafaz sebentar tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Shila iaitu Datuk ND Lala dalam majlis serba indah yang diadakan di Ampang, Kuala Lumpur.


BACA: Shila Amzah Kongsi ‘Checklist’ Majlis Kahwin, Teruja Hitung Hari Bahagia

Pada majlis tersebut, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM20,000 namun hantaran di rahsiakan.

Dalam majlis tersebut, pasangan pengantin cantik dan segak memakai busana berwarna putih.

Memetik Astro Awani, Shila bersyukur majlis pernikahannya dipermudahkan serta apa yang lebih penting dia dan Ubai dapat menjaga anak, Seth Uwais dengan penuh kasih sayang.


“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan pagi ini. Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT, insya-Allah.
“Harapan saya semoga kami dapat menjalani bahtera perkahwinan ini sebaiknya dan saling sayang menyayangi hingga ke Jannatul Firdaus, mudah-mudahan.
“Apa yang paling penting sekarang ini adalah kami dapat menjaga anak (Seth Uwais) dengan penuh kasih sayang,” katanya.
Dalam pada itu, Ubai berkata, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan bapa serta memohon orang ramai mendoakan perkahwinan mereka.
“Insya-Allah saya sudah bersedia dan akan menjadi suami dan ayah yang terbaik untuk Shila dan Seth.
“Doakan semoga ikatan perkahwinan kami terus mekar dan kekal sehingga ke akhir hayat,” katanya.
Loading...
  1. Lu P M BANGSAT SETANN says:

    Tahniah..Baaguss ,kau x jadi PENYONDOL MIANG. Seperti sorang penyondol syiiall tersangat MURA-HAN tuu …. Yang nk sgat bapa mertua = pengarah & penerbit tu terima dia sbagai menantu yg lowclass puaka setannn… Suami pula dh trmakan ubat yg dbomohkan penyondol itu smpai jadi dayus serabai burok..ouchh

    PM = Penyondol Miang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.