Shila Amzah Diserang Penyanyi Legenda Ketika Sesi Latihan Konsert

Penyanyi Shila Amzah mendakwa dirinya diserang oleh seorang penyanyi legenda ketika sesi latihan Konsert MR D.I.Y yang berlangsung di Stadium Merdeka.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Shila berkata kejadian itu berlaku di hadapan kru yang bertugas.

BACA: Ibu Shila Amzah Akui Sedang Berkenalan Dengan Seseorang

“Gila bila seorang penyanyi legenda boleh menyerang saya di hadapan semua kru di tempat awam. Bersyukur sebab kamu orang tua. Tetapi kamu telah mencetuskan ‘anxiety’ terhadap keselamatan saya,” katanya.

Sementara itu, menerusi perkongsian oleh pengurus Shila dikenali sebagai Aini berkata satu laporan polis telah pun dibuat dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Bagaimanapun, identiti penyanyi legenda yang dimaksudkan belum dapat dikenal pasti lagi.

Antara penyanyi yang terlibat dalam Konsert yang bakal berlangsung esok, Datuk Amy Search, Datuk Awie, Ella Aminuddin, Jaclyn Victor, Penny Tai, Jeryl Lee dan 3P.

Sumber: HibGlam

×