Meskipun wajahnya dilihat garang, pelakon Shukri Yahaya menyifatkan aktor Sharnaaz Ahmad sebagai seorang yang sangat menjaga kebajikan rakan-rakan.

Memetik Utusan Online, Shukri berkata Sharnaaz selalunya akan menghubungi mereka setiap kali selepas berkumpul untuk pastikan semua pulang dengan selamat. Katanya lagi, personaliti Sharnaaz dengan penampilan yang ditonjolkan juga berbeza.

BACA: Tiada Lagi Belakon Pegang Tangan Wanita, Shukri Yahaya Jaga Hati Isteri

“Sharnaaz ini muka sahaja nampak garang tapi sebenar dia seorang yang ‘sweet’. Kalau saya keluar ‘ride’ atau lepak bersama, sampai rumah dia akan mesej ‘mat dah sampai rumah? Aku risau apa-apa jadi dekat kau’.

“Sama juga kalau kami berkumpul di rumahnya sebelum pergi ke mana-mana, dia akan buatkan kopi dan sudah siap belikan makanan. Bagi saya personaliti Sharnaaz dengan penampilan yang ditunjukkan sangat berbeza. Tak sama,” katanya.

Sementara itu, Shukri meluahkan rasa syukur mempunyai sahabat seperti Sharnaaz yang ada bersamanya dalam susah dan senang ketika dunia dilanda pandemik.

“Waktu zaman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semua orang susah, tapi dia ada membantu tak kisahlah dari segi kewangan mahupun sokongan moral.

“Kalau difikirkan, dia lagilah mencabar sebab seorang bujang dan duduk sendirian. Tapi dia ada untuk sesi luahan perasaan,” katanya.

SUMBER: Utusan Online

×