Sharifah Haslinda Nafi Sudah Bercerai

Selepas berlakunya pergolakan rumah tangga pada tahun lalu, Sharifah Haslinda akui dirinya masih bergelar isteri kepada Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Beliau dalam masa yang sama menafikan segala desas-desus yang diperkatakan ramai dan berharap isu rumah tangganya itu tidak dipanjangkan lagi.

BACA: Sharifah Haslinda Tarik Balik Permohonan Cerai

“Tiada guna memperbesarkan masalah rumah tangga sendiri kerana ia tidak akan menyelesaikan apa-apa. Bagi saya, apa yang lebih penting bagaimana kita menghadapinya dan belajar menyelesaikan masalah itu. Ketika dilanda masalah, ahli keluarga termasuk adik, Sharifah Shahira langsung tidak tahu apa yang berlaku dalam kehidupan saya”

“Saya cuma mengikut arus. Mungkin saya selebriti, tetapi saya juga inginkan kehidupan yang normal sama seperti orang lain. Tidak kira siapa kita, masalah dalam hidup pasti ada. Jika mempunyai masalah, kami akan cuba menyelesaikan mengikut cara orang dewasa,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung perkara itu.

Tambahnya lagi, di dalam setiap kehidupan berumah tangga pastinya akan ada pasang dan surut dan semua pasangan akan melalui pengalaman yang sama. Bagaimanapun ianya terserah kepada setiap individu bagaimana mahu menyelesaikannya, tetapi bagi dirinya soal peribadi bukanlah sesuatu yang boleh dikongsi secara terbuka dengan orang ramai.

Terdahulu, Sharifah Haslinda yang juga merupakan kakak kepada Sharifah Sakinah pernah menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada awal Oktober tahun lalu, namun menarik balik permohonan itu pada awal Disember tahun lalu untuk perbincangan lanjut bersama suaminya. (rkty/w)

×