fbpx

Shahir AF Tak Mahu Lengah Kahwin Erra Fazira

Mengakui pernah bertemu keluarga Erra Fazira sebelum ini, Shahir AF bagaimanapun enggan terlalu mendedahkan hubungan yang terjalin kerana menganggap ianya terlalu peribadi untuk diceritakan. Bagaimanapun Shahir tidak mahu melengahkan perancangan mereka untuk berkahwin.

“Saya juga enggan melengahkan perkara yang baik. Saya mohon semua supaya mendoakan yang terbaik untuk kami. Memang kami merancang, tetapi Allah menentukannya. Sampai masa, saya akan berkongsi segala-galanya”

“Cuma, ketika ini belum ada tarikh pasti dan saya juga perlu menghormati pihak lain. Saya faham situasi Erra yang terpaksa menjawab pelbagai pertanyaan. Apa yang dapat saya katakan, kami berdua memang serius,” jelasnya kepada Berita Harian Online.

Sementara itu Shahir turut berkongsi, beliau dan Erra sempat berbuka puasa bersama-sama baru-baru ini biarpun masing-masing sibuk dengan kerjaya. Malah katanya, sempena bulan ramadhan ini beliau berhasrat untuk membawa Erra menunaikan solat terawikh bersama. (rtky/w)