Shahida Dedah Aliff Syukri Pernah Hampir ‘Disondol’ Anak Dara

Isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mendedahkan rumah tangganya juga pernah nyaris disondol oleh orang ketiga.

Menerusi video dikongsikan oleh seorang pengguna di TikTok, Shahida berkata ketika itu mereka baru berkahwin dan anak sulung mereka masih kecil lagi.

BACA: “Sejadah, Kurma, Jeruk Sudah” – Shahida Dedah Aliff Syukri Nak Jual Karpet Pula

@sisrose02

Papa dulu pernah jg hampir2 di sondol… #terlajaklaris #papalaris #dherbs #kopi

? bunyi asal – sisrose? – sisrose?

“Dulu pernah juga ada orang nak sondol, pernah tau bukannya tak pernah. Yang nak menyondol itu pula anak dara. Ya Allah, penatlah kan nak bersaing.

“Masa itu baru kahwin dan Ammar kecil lagi. Saya kerja ‘office’ dan papa pun kerja ‘office’ di Klang,” katanya.

Kongsi Shahida lagi, disebabkan rasa cemburu dia pernah balik sendirian ke rumah kerana merajuk dengan Aliff yang kerap berbual dengan wanita tersebut.

“Bila petang-petang, perempuan itu akan masuk bilik papa dan bersembang selama satu atau dua jam. Sampaikan kami bergaduh sebab ya lah kenapa kau nak kena bersembang dengan perempuan tu je kan?

“Jadi, saya mogok dan merajuk. Balik ke rumah menggunakan komuter daripada Klang ke Sungai Buloh. Emosi punya fasal, tak nak balik dengan papa,” katanya.

Bagaimanapun, Shahida beranggapan apa yang berlaku adalah adat dan dugaan dalam perkahwinan dan bersyukur rumah tangga mereka masih kekal hingga ke hari ini.

SUMBER: Oh Bulan

×