Pelawak Along Cham memberitahu mahkamah bahawa dia pernah melafazkan talak satu terhadap isterinya, Afreena Suhaimi pada 18 Jun tahun lalu.

Memetik Sinar Harian, Along berkata dia melakukan perkara tersebut mendakwa isterinya melakukan pelbagai penipuan dan mendesak untuk menceraikannya jika kesalahannya terbongkar.

BACA: Along Cham Dakwa Afreena Berbohong, Tak Mengaku Lafaz Rujuk

“Setiap kali kesalahan terbongkar, dia mendesak saya ceraikannya, malah dia minta untuk berpisah lebih daripada 10 kali.

“Ketika itu terlalu banyak penipuan dan desakan berlaku, jadi saya cakap “aku ceraikan kau Afreena binti Suhaimi dengan talak satu”,” katanya.

Menurut Along lagi, mereka akhirnya rujuk semula selepas dipujuk dan isterinya berjanji tidak akan ulangi kesilapan berkenaan dengan perkataan “ok, kita rujuk”.

Sementara itu, Along berkata dia keputusan untuk melafazkan cerai taklik buat kali kedua selepas isterinya mengulnagi kesalahan sama.

Along juga mendakwa Afreena berbohong dan cuba untuk melengah-lengahkan proses pengesahan cerai tersebut. Difahamkan, kes pasangan itu disambung pada 1 dan 3 Julai depan.

SUMBER: Sinar Harian

×