Pelakon Angeline Tan berkata dia mengakui hatinya apabila pernah terdetik rasa ‘panas’ ketika mengenakan hijab namun dia sentiasa berdoa kepada Allah menjadikan dirinya sebagai muslimah sejati.

Memetik Kosmo, Angeline berkata dia pernah mengusik suaminya, Sabri Yunus mengatakan rasa ‘panas’ ketika mengenakan hijab namun hanya untuk bermanja-manja saja.

BACA: Tiada Job Lepas Berhijab, Angeline Tan Percaya Rezeki

“Setiap hari saya berdoa agar Allah jadikan saya muslimah sejati. Saya bukan sahaja ingin menjadi seorang isteri yang baik, tetapi juga mengharapkan agar istiqamah dalam mempelajari ilmu agama dan bertudung.

“Pernah juga saya ada bercakap dengan suami (Sabri Yunus), pakai tudung ini buat saya rasa panas. Tetapi, sebenarnya itu semua hanya untuk bermanja-manja saja,” katanya.

Sementara itu, Angeline atau nama Islamnya, Ardini Angeline Tan berkata dia turut berterima kasih kepada suami kerana banyak membantunya mendalami agama Islam.

Menurutnya, sebagai saudara baru dia mempunyai banyak persoalan tentang Islam dan ada juga soalan yang diajukan kenalan berbeza agama.

“Setelah memeluk Islam pada September tahun lalu, ada beberapa rakan agama lain bertanyakan tentang Islam. Mereka ingin tahu gaya hidup masyarakat beragama Islam. Bagi saya, perkongsian ilmu baik untuk masyarakat apatah lagi kita hidup dalam kalangan berbilang bangsa.

“Apabila saling memahami perbezaan, kita akan lebih menghormati dan menyayangi antara satu sama lain,” katanya.

×