Pasti ramai tahu bahawa rumah tangga pelakon Beego dan Linda Hashim kini sedang diuji apabila isterinya nekad memfailkan perceraian buat kali ketiga.
Baru-baru ini, tular video dikongsikan seorang individu memaparkan Beego dilihat berada di sebuah jeti dipercayai di Pulau Perhentian, Terengganu.
BACA: “Kalau Ada Bukti Keganasan, Keluarkan” – Beego
@azreekamarulzaman88 Alhamdulillah, gaji takkan pernah cukup sebab makhluk yang bagi. Tapi rezeki pasti sentiasa cukup sebab Allah yang bagi. . #rehlah #masjidterapung #beego #alhamdulillah
Difahamkan, pelakon berusia 45 tahun itu dipercayai sedang mengikuti kumpulan tabligh bersama rakan-rakannya.
Diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur melihat Beego mendekatkan diri dengan Allah ketika sedang dilanda ujian serta mengatakan dapat melihat wajah aktor itu penuh kesedihan.
Pada April lalu, Linda mendedahkan dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga suaminya sendiri. Katanya lagi, sepanjang 11 tahun berkahwin dia sudah membuat empat laporan polis terhadap Beego berkaitan keganasan rumah tangga dan tiga laporan hospital.
Sementara itu, Linda berkata dia hanya berharap dapat bercerai secara baik dan enggan memajangkan isu berkenaan.