Seramai 5 peserta wanita kini sedang berjuang merebut tempat di hati para juri dan penonton bagi memastikan impian mereka menjadi kenyataan. Program Flavettes Glowing Star 2.0 telah hangat ditayangkan di kaca televisyen menerusi saluran Astro Ria pada Rabu bermula jam 6.30 petang.

Dalam program yang bertujuan merealisasikan impian wanita hari ini menerusi bidang yang mereka ceburi, boleh dikataan hampir kesemua peserta mempunyai bakat dan kehebatan masing-masing.


Menariknya dalam program ini, kesemua peserta akan dibantu oleh mentor-mentor mereka sendiri untuk memberi tips yang berguna bagi mencapai impian mereka.

Dalam episod sukan dan kesihatan yang ditayangkan pada 2 Oktober lalu, anda boleh melihat selebriti pujaan ramai yang memiliki bentuk badan menawan iaitu Nadia Brian.


Nadia Brian telah membimbing peserta bernama Rose untuk mengajar zumba kepada orang ramai selama 10 minit. Pemilihan gerak geri dan lagu zumba juga memainkan peranan.

Rose yang sangat aktif gemar untuk menjadi seorang pengajar Zumba suatu hari nanti berdepan dengan masalah dimana tidak mempunyai suara yang kuat untuk memberi arahan kepada peserta zumba. Perkara ini menimbulkan kekecewaan kepada Nadia dimana apabila berzumba haruslah mempunyai suara yang kuat adalah faktor utama untuk memastikan peserta terlibat dan mengikuti langkah-langkah.

Jadi kepada anda yang ingin melihat anak didik selebriti pujaan anda ini berjaya merealisasikan impian mereka, jangan lupa untuk menggundi.

Cara Menggundi Yang Paling Mudah

Untuk anda yang ingin menggundi peserta kesayangan anda sangat mudah. Hanya perlu ikuti langkah ini:

1. Log masuk ke akaun Astro atau Facebook anda

2. Undilah bidang yang paling digemari

3. Anda mempunyai 20 undian setiap hari

Kini tiba masanya untuk anda pula menjalankan tugas anda mulai hari ini! Vote anak didik selebriti yang paling awesome!

Peserta Lain Yang Bakal Berentap


Jangan tak tahu, kesemua 5 bidang telah pun ditayangkan seperti bidang bakeri, solekan, persembahan, perniagaan serta sukan dan kesihatan.

Masing-masing peserta diberi satu task yang harus mereka lalui. Misalnya bidang bakeri yang diketuai oleh Dato Fazley Yaakob dalam berkongsi tips kepada Yusra untuk menghasilkan 5 jenis pencuci mulut yang sihat dalam jumlah 50 pax.

Manakala peserta bidang solekan, Lynn diberi tugasan untuk menghasilkan satu solekan yang menawan dan juga menghasilkan styling yang cantik. Bidang solekan ini dibimbing oleh Raja Latah, PS Mansur.

Selepas sertai Flavettes Glowing Star 2.0 pada episod terdahulu, Lynn yang amat mencintai bidang solekan ini menyedari bahawa selama ini beliau melalukan banyak teknik yang salah ketika menghasilkan solekan pada wajah. Bermula dari situ dia mendapat tunjuk ajak PS Mansur demi untuk keluar dari zon selesanya.

Seterusnya bidang perniagaan yang disertai oleh Anisa dan mentornya Awal Ashaari yang pernah merangkul gelaran anugerah 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh. Anisa diberi cabaran mempromosikan Flavettes Effervescent Glow untuk mengumpul dana untuk tabung wanita.


Anisa adalah seorang graduan dan bekerja dalam bidang korporat, yang selalu mengimpikan untuk menjadi usahawan berjaya serperti idolanya Neelofa dan Awal Syahari. Anisa yang begitu teruja apabila mendapat tahu mentornya di dalam Flavettes Glowing Star 2.0. adalah Awal. Bermula saat itu, dia mengambil semua tips yang dikongsikan oleh mentornya. Nak tahu berjaya ke tidak Anisa menjual tudung? Jangan lupa tonton video untuk bagaimana Awal berkongsi tips untuk mempromosikan produknya di radio, TV dan digital.

Bidang persembahan yang diketuai oleh Elyana telah memberi tunjuk ajar kepada Fiqa dalam cabaran melakukan gerak geri dalam persembahan. Bukan itu sahaja, Fiqa juga dikehendaki menyanyi di khalayak ramai.

Episod persembahan yang telah ditayangkan pada 9 Oktober 2019 menceritakan mengenai Fiqa adalah yang bergelar ibu muda kepada bayi berusia 2 bulan, yang mahu merealisasikan impian zaman kanak-kanaknya sebagai penyanyi. Hasratnya ini di dengar oleh suaminya dan mendaftarkan Fiqa dalam rancangan ini.

Perasaan ini semakin membuak-buak apabila Fiqa mendapat tahu bahawa mentornya adalah Elyana. Elyana adalah wanita yang benar-benar inspirasi yang dikenali untuk melawan kanser peringkat 4 sehingga sekarang dengan pola pikir yang positif dan kuat. Terdapat banyak detik emosi yang mereka alami dalam episod itu. Nak ulang tayang boleh tonton di Gempak.com!

Bidang yang mendapat undian terbanyak akan membawa pulang RM 5,000. Jadi kepada anda yang inginkan bidang kegemaraan anda mendapat undian tertinggi, jangan lupa untuk terus mengundi di Gempak.com bermula 16 hingga 18 Oktober ini.

Jangan tak tahu, setiap peserta ini juga mempunyai tugasan oleh Watsons Get Active Fest pada 19 Oktober ini. Masa inilah undian anda bernilai.

Jadi apa tunggu lagi, jangan lupa lakukan undian secara berterusan dan anda juga layak untuk dapat tiket ke Watsons Get Active Fest bagi menyaksikan sendiri peserta kegemaraan anda dalam peraduan ini.

Maklumat lanjut layari di sini.