Pejam celik sudah dua minggu pasangan pengantin baru, Eyka Farhana dan Akhyar Rashid bergelar suami isteri selepas selamat diijabkabulkan pada 2 Mei lalu.
Baru-baru ini, menerusi video dikongsikan di TikTok Projek Wedding, pasangan itu saling memberi ucapan antara satu sama lain sempena fasa baru perkahwinan yang bakal dilalui mereka.
BACA: “Eyka Pandai Masak” – Keperibadian Eyka Farhana Buat Akhyar Jatuh Cinta
@projekwedding_ JOM TANYA FEW QUESTIONS SIKIT KAT DEPA NI ? comel ja depa kan hampaa? @Akhy@rRashid @Eykafarhana Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh terus whatsapp kami ? 0174542189 ( Hq Projek Wedding ) #pelaminsanding #pelamineksklusif #dewankahwinjitra #jitrakedah #pelaminkedah #pelaminsanding #pelaminakadnikah #pelamin #kek #dummycake #bajukahwin #bajunikah #hantarannikah #hantaranpernikahan #hantarancantik #pakejallin #pakejkahwin #pakejkahwinlengkap #pakejperkahwinan #theruangjitra
? original sound – Projek Wedding Kedah – Projek Wedding Kedah
Akyhar yang juga pemain bola sepak kebangsaan dan Terengganu FC (TFC) berharap agar mereka dikurniakan anak yang ramai serta akan saling bantu membantu antara satu sama lain.
“Ucapan untuk isteri saya yang tercinta ini, saya harap kami berdua boleh jadi suami isteri yang baik. Dia (Eyka) pun taat pada suami dan saya pun ikut cakap dia. Semoga kami dapat berkomunikasi yang bagus.
“Selain itu, bantu ‘each other’. Apa yang kurang pada saya dan begitu juga yang kurang pada dia, kami akan memperbaiki dan saling melengkapi,” katanya.
Sementara itu, Eyka meluahkan rasa syukur dikurniakan suami seperti Akyhar seorang lelaki penyabar sepanjang tujuh tahun mereka menjalin hubungan cinta.
“Kepada suami saya yang tercinta, selama tujuh tahun ini saya tahu awak dah banyak bersabar dengan saya, tapi ini adalah permulaan baru untuk kita.
“Macam yang orang kata, banyak lagi nak dilalui oleh kita dalam liku-liku kehidupan perkahwinan. Saya harap awak dapat terus bersabar dan menjadi suami yang bertanggungjawab.
“Saya juga berharap akan cuba jadi isteri terbaik untuk awak, solehah serta semoga kita dapat ‘baby’ banyak-banyak dan semoga perkahwinan kami juga kekal hingga jannah (syurga),” katanya.
Sumber: Harian Metro