fbpx

Selepas Dikritik, Nabil Hilang Hormat Pada Chef Wan

Baru baru ini chef selebriti terkenal, Chef Wan ada memuatnaik satu status menerusi Instagram yang mengkritik cara pengacaraan Nabil Ahmad ketika mengendalikan program Gegar Vaganza yang dilihat sebagai biadap dan tidak hormat orang tua.

Selepas status itu dimuatnaik, Nabil Ahmad ada memberikan respons melalui satu video mengatakan beliau terima kritikan tersebut namun meluahkan rasa kurang senang dengan cara Chef Wan yang menjadikan perkara itu pengetahuan umum.

“Kata-kata yang dimuat naik di laman Instgaram itu sudah melampau kerana menuduh saya sebagai punca anak-anak kurang ajar. Itu satu isu besar dan serius terutama bila dia hanya menyerang saya seorang, bukannya team Gegar Vaganza

“Semalam peguam menghubungi saya berkaitan hal itu dan menganggap kenyataan beliau berunsur hasutan dan menyediakan ruang untuk orang membenci saya,” ujarnya kepada mStar Online.

Pengacara itu turut menegaskan yang beliau sebenarnya malas untuk memberikan sebarang respons namun peguam menasihatkan beliau untuk memberikan kenyataan kerana apa yang terjadi boleh merosakkan kerjaya beliau.

“Kalau ikut saya memang saya tidak mahu layan tapi peguam yang menjaga kerjaya saya menganggap ia sebagai sesuatu yang serius dan merosakkan reputasi,” tambahnya.

Nabil Ahmad juga mengakui yang beliau sudah hilang hormat terhadap Chef Wan selepas kritikan negatif sebegitu datang dari individu terpengaruh seperti dirinya. (rtky/m)