Pelakon Ebby Yus menerima khabar gembira apabila sebuah syarikat televisyen swasta tempatan, TV AlHijrah menawarkan dua program khas buatnya.

Perkara itu dikongsikan di TikTok stesen tv berkenaan sekaligus membantu meringankan beban pelakon itu yang dilaporkan mengalami penyakit kronik buah pinggang.

BACA: Ebby Yus Perlukan RM3,000 Sebulan Untuk Kos Sara Hidup, Rawatan & Ubat-Ubatan

@beritaalhijrah114

Replying to @Budak Perak Prihatin dengan nasib menimpa Pelakon Ebby Yus yang diuji penyakit buah pinggang kronik, TV AlHijrah menawarkan dua program kepadanya untuk membantu meringankan beban beliau.

? original sound – Berita AlHijrah – Berita AlHijrah

Sementara itu, Ebby meluahkan rasa syukur serta menganggap tawaran itu merupakan sinar baru buat dirinya selepas terputus sumber pendapatan.

“Kalau ikutkan saya boleh saja minta sumbangan tapi saya malu pada diri sendiri dan ALLAH kerana saya boleh lagi bekerja. Mungkin tidak menggunakan kaki dan tangan tapi mulut.

“Tak sampai dua minggu TV AlHijrah datang ke rumah dan hari ini tawarkan saya dua program walaupun perkara itu akan datang tapi sekurang-kurangnya ada sinar untuk saya.

“Terima kasih kepada TV AlHijrah walaupun stesen tidak besar tapi membantu orang yang memerlukan seperti saya,” katanya.

×