Pelawak Man Raja Lawak meluahkan rasa syukur namanya menjadi bualan ramai selepas muncul dalam satu podcast baru-baru ini
Menerusi perkongsian di Instagram, Man berkata dia sudah pun membalas komen-komen netizen serta merasakan dirinya glamour kerana ramai yang ambil berat tentangnya.
BACA: Man Raja Lawak Tak Akan Terima Pelawaan Sepahtu Reunion Lagi
View this post on Instagram
“Alhamdulillah. Done balas komen-komen nurtizen. Sekarang baru abang rasa macam glamour sikit ramai yang ambil berat pasal abang,” tulisnya.
Dalam pada itu, Man turut mendoakan agar segala urusan kita semua dipermudahkan dan hanya meninggalkan emoji hati pada kapsyen.
Perkongsian Man itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen mendoakan agar pelawak itu terus maju dan tidak kurang juga ada yang mengkritik tindakannya.