Pasti ramai tahu usahawan Datuk Seri Aliff Syukri sememangnya seorang yang rajin mencari rezeki dan ada sahaja barangan atau produk baru dikeluarkannya untuk dijual.
Terbaru, menerusi siaran langsung di TikTok, Datin Seri Shahida mendedahkan Aliff bakal menjual karpet pula selepas ini serta berseloroh memberi gelaran ‘bangla karpet’.
BACA: “Tak Penat Kerja Walau Dah Kaya” – Jual Jeruk Mangga Pula, Netizen Puji Aliff Syukri
@modelistaempire
“Sebenarnya, Aliff rancang untuk jual karpet. Lepas ini, jadi bangla karpet lah suami aku. Aku tak tahu lah apa lagi dia nak jual. Sejadah sudah, kurma sudah, jeruh sudah. Dia memang suka berniaga,” katanya.
Diruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian Shahida itu serta mahu menyokong jika usahawan berkenaan mahu menjual karpet selepas ini.