Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Nur Fazura menjadi tetamu jemputan dalam program temu bual bersama Sea Today di Jakarta, Indonesia.
Hadir dalam program tersebut bagi mempromosikan lagu baru bertajuk Bertahan Demi Cinta, Fazura turut menyanyikan lagu berkenaan secara siaran langsung.
BACA: Fazura Tak Menyesal Bercerai Dengan Fattah Amin
“Lagu ini tentang lelaki dan wanita yang saling mencintai. Tentu saja dalam perkahwinan ada banyak dugaan.
“Jadi lagu ini tentang bagaimana mereka memperjuangan dan bertahan dalam setiap rintangan itu. Disebabkan itu tajuk lagi ini dinamakan Bertahan Demi Cinta,” katanya.
@newsnugget.my
Bagaimanapun, seperti sudah dijangka nyanyian Fazura dikecam oleh netizen dimana ada yang berpendapat bakat yang perlu dipendamkan.
Malah, ada yang berseloroh mengatakan dimana pelakon itu membeli keyakinannya serta ada yang lega apabila mendengar suara Fazura kerana boleh ‘geng’ dengan mereka.