Anak kepada Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini iaitu Aliff Omar Ali mengakui sedih dengan keputusan menjual kediaman ibunya yang terletak di Petaling Jaya.
Memetik Astro Awani, Aliff berkata tindakannya itu merupakan keputusan yang terbaik serta berharap orang ramai memahami keputsannya itu.
BACA: Sharifah Aini Meninggal Dunia
“Walaupun saya sedih, saya rasa itu adalah keputusan yang terbaik untuk dilakukan. Perkara ini telah selesai dan saya berharap semua orang memahami keputusan saya,” katanya.
Dalam pada itu, Aliff turut berterima kasih kepada semua pihak yang masih ingat kepada Allahyarham ibunya.
“Terima kasih atas perhatian dan kerana masih mengingati ibu saya yang telah lama meninggal dunia,” katanya.
Pada 2018, rumah tersebut dilaporkan diiklankan di Facebook untuk dijual dengan harga RM8 juta dan pada iklan tersebut juga ada menyatakan bahawa rumah tersebut milik seorang penyanyi terkenal.
Baru-baru ini, rumah tersebut sudah pun diratakan pemilik baru tanah berkenaan untuk pembinaan bangunan tiga tingkat dan wakil syarikat pemaju memberitahu hartanah itu dibeli pada harga kira-kira RM4 juta.
Allahyarham Sharifah Aini meninggal dunia pada 5 Julai 2014 di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada usia 61 tahun, akibat jangkitan pada paru-paru.
SUMBER: Astro Awani