Isteri kepada pelawak Along Cham iaitu Afreena Suhaimi mengakui terkilan apabila suaminya tidak mahu bersemuka untuk berbincang mengenai kemelut rumah tangganya.
Memetik HibGlam, Afreena berkata dia menerima afidavit mahkamah syariah melalui pengurus Along yang bertindak sebagai ‘perutusan’ untuk sampaikan.
BACA: Suami Bangga Kongsi Status Kembali Bujang, Hati Isteri Along Cham Remuk
“Sebelum ini memang saya tidak mendapat apa-apa notis dari mahkamah syariah membabitkan kes yang diajukan suami.
“Hanya selepas itu pengurusnya, Farid menghubungi saya untuk menyampaikan afidavit. Dia (Along) tidak mahu bersemuka dengan saya walaupun sudah dipujuk.
“Saya cuma mampu berserah. Walaupun masih sayangkan suami, pada ketika ini saya hanya mampu tunggu sebarang perkembangan,” katanya.
Sementara itu, Afreena berkata dia terkejut dengan tindakan Along memuat naik hantaran seolah sudah kembali bujang sedangkan dia masih lagi isteri pelawak itu yang sah.
“Sedih, hancur hati, semuanya bercampur baur. Biarlah, apa pun perkongsian dibuat (dalam media sosial), yang saya tahu saya masih isterinya yang sah,” katanya.
Dalam pada itu, Afreena berkata diminta hadir ke mahkamah ketika pertengahan Ramadan nanti iaitu bulan sama mereka diijabkabulkan.
“Saya tidak berapa pasti tarikhnya tetapi yang saya tahu pada bulan puasa saya kena naik mahkamah syariah. Sebenarnya tarikh ke mahkamah itu bagai mengulang semula memori pernikahan kami.
“Bagai dejavu, bezanya dulu nikah sekarang naik mahkamah syariah. Moga yang terbaik untuk kami berdua, itu sahaja. Doakan,” katanya.
SUMBER: HibGlam