Perkongsian isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh membuat pendedahan mengejutkan mengenai kehidupannya selepas mendirikan rumah tangga.

Menerusi perkongsian di Threads, Fara mengakui kehidupannya berubah selepas berkahwin berbanding sebelum ini yang mampu tinggal di kondominium serta mempunyai kerjaya.

BACA: “Kau Hina Cakap Aku Mengandung Anak Haram, Panggil Aku Jalang”

“Sebelum kahwin saya stay condo 3 bilik, ada kereta sendiri, ada career, 2 minggu sekali shopping, mampu beli handbag kasut branded, bercuti dengan kawan, hujung bulan kalau nak tunggu gaji paling sengkek pun mesti ada balance RM1k,” katanya.

Luah Fara lagi, dia perlu bekerja keras untuk membayar komitmen sebanyak RM2,000 sebulan dan sudah banyak kali baik di dalam bank hanya tinggal RM30 hingga RM50 sahaja.

Semalam, Fara mengejutkan ramai apabila mendakwa suaminya mengabaikan taggungjawab serta tidak pernah melawat selama dia berada di hospital.

Sementara itu, Fara turut berterima kasih kepada Shuk kerana mengeluarkannya dari kumpulan bisnes serta mendakwa Shuk telah menghina anak yang berada dalam rahimnya.

×