Sememangnya menantikan kehadiran Ramadan, Scha al-Yahya melalui mStar Online berkongsikan hasratnya untuk sama sama membawa Lara Alana menunaikan solat terawih bersama sama selain turut mendedahkan anaknya itu dengan perkara baru.

BACA: Scha al-Yahya Nafi Hamil Lagi

“Tahun ini kali pertama saya akan bawa Lara sembahyang terawih bersama-sama kerana ingin memberinya pengalaman dan merasai keindahan Ramadan. Mungkin dia masih kecil dan agak lasak selain belum boleh memahami tetapi tak mengapa kerana dari kecil kita kena dedahkan”

“Ia juga sebagai memori untuk kami anak-beranak apabila dia besar nanti,” katanya. Pastinya perkembangan pasangan ini bersama anak comel mereka akan menjadi perhatian warga sosial.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Scha turut menjelaskan bahawa dia juga akan terlibat dengan penggambaran drama ketika bulan puasa nanti. Apa pun, semoga sambutan Ramadan dan juga Aidilfitri pasangan ini nanti akan berjalan lancar. (rtky/s)