fbpx

Scha al-Yahya, Awal Ashaari Niat Tambah Anak

Setelah enam tahun mendirikan rumah tangga, Scha al-Yahya kini sudah bersedia untuk menimang cahaya mata kedua. Malah pasangan ini juga tidak menolak andai dikurniakan rezeki untuk menimang bayi kedua dalam masa yang terdekat ini selepas anak sulungnya, Lara Alana berusia tiga tahun.

“Setelah enam tahun mendirikan rumah tangga, saya berdoa supaya diberikan segera rezeki untuk menambah anak. Sebelum ini, kami merancang kerana mahu memberi ruang kepada Lara untuk matang sebelum dikurniakan adik”

“Pada awal perkahwinan dulu, kami menanti lebih setahun sebelum dikurniakan Lara. Saya sedar, usia semakin bertambah, jadi saya berharap perancangan ini akan dipermudahkan oleh-Nya,” jelasnya kepada Berita Harian Online berhubung hasratnya itu.

Semoga hasrat Scha dan Awal tercapai dan dipermudahkan olehNya untuk menimang cahaya mata kedua. Dapatlah Lara teman untuk bermain selepas ini. Apapun diharap perancangan mereka berjalan dengan lancar. (rtky/w)