Semalam, rumah tangga pelakon Edika Yusof dan isterinya, Nor Hidayah akhirnya terlerai apabila sah bercerai talak satu selepas hampir 22 tahun mendirikan rumah tangga.

Susulan itu, timbul dakwaan rumah tangga Edika dan Hidayah terlerai disebabkan ada kejadian curang membabitkan pelakon itu.

BACA: Edika Yusof, Isteri Sah Cerai Talak Satu

Memetik mStar Online, Edika menjelaskan tindakannya menyapa beberapa wanita dipercayai model antarabangsa adalah untuk mengajak kolaborasi mempromosikan produk.

“Kita ada buat produk penjagaan kulit. Isteri saya tidak tahu macam mana untuk berinteraksi dengan model antarabangsa. Jadi, saya menyapa dengan Hi untuk kolaborasi dengan mereka,” katanya.

Sementara itu, Edika berkata jika dia berlaku curang mengapa dia mahu lakukan secara terbuka di media sosial dan dia tiada rekod curang.

“Kalau mereka ada beri respons, baru saya akan lanjutkan dengan kolaborasi itu. Kalau saya curang, buat apa saya mahu buat secara terbuka di media sosial.  Saya memang tidak pernah ada rekod curang. Telefon ini pun bekas isteri dan anak boleh buka,” katanya.

SUMBER: mStar Online

×