fbpx

“Saya Tak Takut Umur Nak Masuk 50 Tahun”

Usianya hampir mencecah 50 tahun, pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta tidak menyangka masih diberi kepercayaan menjadi duta sebuah produk kecantikan.

Meskipun industri hiburan kini semakin ramai dengan selebriti muda yang cantik dan jelita, Che Ta berkata tidak perlu bersaing untuk mendapatkan peranan sebagai duta.

BACA: Sudah 47 Tahun, Che Ta Dedah Tak Pernah Minum Air Kosong

“Saya rasa tidak perlu bersaing kerana setiap individu mempunyai kriteria berbeza. Mungkin ada sesetengah produk bersesuaian dengan karakter dan imej saya.

“Sebagai contoh, saya jadi jurucakap jenama barang kemas, jadi sebut sahaja Che Ta, orang akan ingat perhiasan mewah tersebut. Malah, barang kemas memang sinonim dengan saya yang suka melaram.

“Sama juga dengan produk kecantikan, saya seorang yang selalu ingin tampil cantik, jadi memang sesuailah jenama ini dengan imej dan gaya hidup seorang Che Ta,” katanya.

Bakal memasuki usia 50 tahun tidak lama lagi, Che Ta akui ramai bertanyakan tentang perasaannya. Namun, Che Ta berkata dia tidak takut kerana semua orang akan melaluinya.

“Memang ada yang sudah mula bertanya, tidak takutkah nak masuk umur 50 tahun?

“Saya jawab tidak takut kerana semua orang akan melalui fasa tersebut dan akan tua juga satu hari nanti. Tiada apa yang perli dirisaukan tentang usia,” katanya.