Pengarah Datuk Yusof Haslam berkata dia tidak tahu mengenai hal anaknya, Syamsul Yusof sudah memfailkan cerai terhadap isterinya, Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor semalam.
Memetik BH Online, Yusof berkata dia enggan mengulas lanjut kerana dia tidak tahu apa-apa mengenai perkara itu dan sudah bertahun tidak berhubung dengan anaknya itu.
BACA: Peguam Sahkan Syamsul Yusof Fail Cerai Terhadap Ira Kazar
“Allahuakbar… Saya tidak tahu mengenai hal ini. Kami sudah tidak berhubung, malah, Aidilfitri pun dia (Syamsul) tidak balik (ke rumah keluarga). Dia tidak hubungi kami, jadi, kami tidak berani komen sebab tidak tahu langsung hal ini.
“Jadi, memang kita tidak tahu apa-apa. Macam mana kami hendak tahu dengan keadaan begini,” katanya.
Semalam, peguam syarie, Azmi Rais yang mewakili Syamsul mengesahkan pengarah itu sudah memfailkan permohonan cerai terhadap Ira.
Menurut Azmi lagi, Syamsul memfailkan perceraian tersebut kerana mereka tidak lagi mempunyai persefahaman dalam perkahwinan.
SUMBER: BH Online