“Saya Tak Tahu Khabar Angin Emma Kahwin Baru” – Chacha Maembong

Pelakon Chacha Maembong mengakui terkejut apabila mengetahui mengenai khabar angin konon kakaknya, Emma Maembong sudah berkahwin baru dengan seorang deejay kelab malam.

Memetik Utusan, Chacha bagaimanapun enggan memberikan komen mengenai perkara itu kerana dia tidak pernah mendengar gosip berkenaan.

BACA: “Tiada Orang Ketiga, Kami Cerai Secara Baik” – Emma Maembong

“Saya tidak tahu mengenai khabar angin itu dan tidak berani mahu beri apa-apa komen. Saya baru balik kerja dan kini berada di rumah. Oleh sebab saya tidak pernah dengar gosip mengenai itu, saya tidak mahu beri komen,” katanya.

Baru-baru ini timbul dakwaan Emma sudah berkahwin dengan seorang deejay bernama DJ Kidd dan dilihat bercuti bersama-sama di negara seberang.

Emma dikatakan menjalin hubungan dengan individu tersebut selepas bercerai dengan suaminya Muhammad Shazli Azhar.

Terdahulu, Emma hanya memuat naik berkenaan perpisahannya dengan bekas suami pada 7 Oktober tahun lalu namun merahsiakan tarikh perceraian mereka.

SUMBER: Utusan Online

×