“Saya Tak Tahu, Isteri Okay Saja Dengan Saya”

Pelakon dan pengacara Fikry Ibrahim berkata dia tidak tahu mengenai isterinya, Siti Khalizah Alihan telah memfailkan cerai terhadapnya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Memetik Astro Gempak, Fikry bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut berhubung perkara tersebut serta memberitahu isterinya okay sahaja.

BACA: Tiada Persefahaman Punca Isteri Fikry Ibrahim Fail Cerai

“Saya tak tahu, isteri saya okay saja dengan saya. Saya memang tak tahu apa,” jawabnya.

Hari ini, peguam syarie yang mewakili Siti Khalizah berkata anak guamnya itu memfailkan permohonan cerai pada pada Mei lalu.

Menurutnya lagi, punca permohonan cerai dibuat kerana tiada persefahaman namun anak guamnya masih memberi ruang kepada Fikry untuk berdamai.

Terdahulu, Fikry dan Khalizah mendirikan rumah tangga pada 12 Februari lalu dalam satu majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat.

SUMBER: Astro Gempak

×