Meskipun sudah beberapa kali berdepan kegagalan dalam perkahwinan, namun jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida tidak menutup pintu hatinya untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidupnya. Bagaimapun, Vida mengakui serik untuk berumah tangga selepas tiga kali bercerai.
Vida menyifatkan rata-rata lelaki yang datang dalam hidupnya pada awalnya melafazkan kata cinta, tetapi akhirnya hanyut dan lupa diri selepas melihat kekayaan yang dimilikinya.
BACA: Tak Keluar TV, Datuk Seri Vida Nafi Jatuh Miskin
“Kalau ada (lelaki) pun tak sesuai, pada masa ini mungkin akan datang, serik nak bersuami, sebab jate jate (lelaki) yang masuk molek last-last jadi sewel, sebab apa, sebab bila dia masuk dalam dunia saya orang yang jumpa harta karun dia akan sanggup berbunuhan sesama dia kerana harta karun.
“Macam itulah keadaan dengan saya, dia (bekas suami) tidak boleh terima ujian dalam kekayaan, kecuali saya jumpa yang setaraf dengan saya,” katanya kepada Astro Awani.
Dalam pada itu, Vida berkata buat masa ini beliau enggan memikirkan soal untuk berumah tangga dan mahu memberi tumpuan dalam hal perniagaan.
Terdahulu, DSV ada memberitahu ciri-ciri lelaki idamannya mestilah seorang mempunyai perniagaan sendiri, kacak, kaya, baik hati, ikhlas, jujur dan paling penting tidak kempunan dengan harta ataupun kekayaannya.