Pelakon Edika Yusof berkata dia tidak menyesal hidup bersama bekas isterinya, Nor Hidayah meskipun rumah tangga mereka kini berakhir dengan perceraian.

Memetik Harian Metro, Edika berkata sebagai suami dia sudah lakukan yang terbaik serta menjalankan tanggungjawab sehingga isterinya sudah mampu berdikari.

BACA: “Edika Kata Tiada Benda Percuma Dalam Dunia, Jadi Saya Bekerja”

“Saya tidak menyesal pun sebab saya sudah jaga isteri daripada dia terlantar sehingga dia boleh ada produk sendiri dan berdikari sekarang.

“Sampaikan ada doktor-doktor di luar sana yang panggil saya untuk kongsikan pengalaman dan tips macam mana saya melakukannya (menjaga Nor Hidayah ketika sakit).

“Sebab penyakit yang dialami oleh bekas isteri saya ini iaitu meningitis, kira-kira 98 peratus pesakit meninggal dunia manakala dua peratus lagi mengalami kecacatan seumur hidup,” katanya.

Sementara itu, Edika berkata dia menghalalkan segala kudrat serta makan minum Hidayah sepanjang wanita itu bergelar isterinya selama lebih 20 tahun.

“Sebagai seorang Islam, sudah tentu saya halalkan semuanya. Saya pun tidak putus akan membantu sebab anak-anak sudah besar dan mereka ada masa depan sendiri.

“Yang pakar menjaga isteri saya adalah saya. Anak-anak mungkin duduk satu rumah, hidup sama-sama tetapi yang menjaga dia adalah saya sebelum ini,” katanya.

Semalam, Edika dan Hidayah sah bercerai talak satu selepas lebih 21 tahun berkahwin. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Fardeen Nasrulhaq, 21, dan Fereena Nurulhaq, 20.

SUMBER: Harian Metro

×