“Saya Tak Mengandung, Makan Banyak Saja” 

Penyanyi Marsha Milan menafikan dirinya berbadan dua susulan perubahan fizikalnya di Konsert Suara 34 menjadi bualan ramai netizen di media sosial.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Marsha dilihat memuat naik gambar manisan serta berkata tubuhnya dilihat berisi kerana selera makannya makin bertambah.

BACA: 10 Tahun Kahwin Tiada Rezeki Anak, Marsha Nak Cuba IVF

“Rentetan dari semalam. Saya tidak mengandung, saya makan banyak sahaja,” tulisnya.

Sejak semalam hangat diperkatakan di media sosial apabila ada netizen tertanya-tanya sama ada penyanyi itu kini berbadan dua serta mendakwa kelihatan seakan baby bump pada bahagian perut.

Terdahulu,  Misha berkata mahu mencuba rawatan kesuburan In-vitro (IVF) selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga namun belum berkesempatan lagi melakukan rawatan berkenaan.

×