fbpx

“Saya Tak Kisah Pasal Rupa, Asalkan Boleh Pimpin Ke Syurga”

Selepas kakaknya, Risteena Minum mendirikan rumah tangga, pelakon Ruhainies pasti tidak terlepas soalan bila pula gilirannya untuk mendirikan rumah tangga.

Namun, sejak kebelakangan ini Ruhainies dilihat sudah lama tidak memuat naik sebarang perkongsian mengenai kekasih hatinya yang dikenali sebagai Mr E.

BACA: Ruhainies Maafkan Individu Yang Pernah Kutuk Dirinya

Semalam, Ruhainies menerima pertanyaan daripada peminatnya yang ingin mengetahui cita rasa pelakon itu dalam memilih pasangan sama ada sukakan lelaki berdarah campuran atau tidak.

“Kakak suka lelaki Melayu macam Hindustan atau Korea, tolong jawab kakak,” tulis peminatnya.

Menjawab soalan tersebut, Ruhainies berkata dia tidak kisah dengan rupaparas seseorang kerana menyedari dirinya tidaklah secantik mana, asalkan lelaki itu seorang yang bertanggungjawab.

“Saya tak kisah sangat fasal rupa. Saya pun bukannya elok mana. Asalkan boleh menjaga saya dan seorang yang bertanggungjawab. Paling penting, dia boleh pimpin saya ke syurga,” jawabnya.