Pelakon Nora Danish berkata meskipun kini sudah berhijrah dan mengenakan hijab, dia tidak bimbang mengenai soal rezeki dalam kerjaya seninya.

Memetik Media Hiburan, Nora berkata industri seni juga kini semakin terbuka dan dia percaya dengan rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah.

BACA: Nora Danish Nafi Dakwaan Bekas Suami Halang Bertudung

“Saya tak pernah terfikir pun soal itu. Pada saya, industri kita ketika ini sangat terbuka dengan mereka yang berhijab. Peluang juga sudah semakin meluas.

“Ketika fasa-fasa terdetik nak berhijab, saya juga tidak lagi melakonkan adegan-adegan bersentuhan ketika penggambaran.

“Saya tak percaya bila ada yang kata peluang dan rezeki kita akan berkurang selepas berhijab. Rezeki ada di mana-mana,” katanya.

Sementara itu, Nora berkata dia kini tidak lagi mengejar populariti serta bersyukur dengan nikmat rezeki diberikan kepadanya dan tidak lagi mengharapkan apa-apa di dunia ini.

“Memang benar. Saya tidak lagi mengejar populariti. Pada usia sekarang, Allah sudah kurniakan rezeki yang tidak putus-putus buat saya.

“Apa yang saya nak, Allah sudah tunaikan. Walaupun saya bercerai, Allah buatkan saya mudah lupa pada kesedihan. Mungin itu kurniaan Allah buat saya. Saya jadi cepat move on.

“Apa sahaja dugaan menimpa, saya tetap boleh menempuhinya. Jadi, apa lagi yang saya nak? Allah sudah bagi macam-macam. Saya sudah tidak mengharapkan apa-apa lagi di dunia ini. Fokus saya kini hanya pada Allah,” katanya.

SUMBER: Media Hiburan

×