Menyedari beliau dikecam teruk, David Teo tampil mempertahankan dirinya. Menurut penerbit filem itu, beliau tidak bersikap biadap kerana Perdana Menteri sendiri mengizinkannya bercakap. Namun belum sempat soalan ditanyakan, Mat Over datang menyerangnya.

BACA: David Teo Diminta Mohon Maaf Secara Terbuka

“Saya yang dipukul bukan saya yang memukul. Saya belum sempat bercakap dengan PM pun. Malah PM izinkan saya bercakap dengannya. Tapi belum sempat bercakap kejadian itu berlaku. Ketika itu, saya tiada mikrofon dan saya bagi tau Rosyam ada orang di belakang ingin bertanya soalan”

“Rosyam pula kata saya boleh terus bertanya kepada PM, sebab itulah saya bertanya. Saya tidak biadap dengan PM sebab saya tak sempat bertanya soalan pun lagi. Jadi macam mana orang boleh cakap saya bersikap biadap dengan PM. Saya sendiri pun tak faham kenapa orang berkata begitu”

Biarpun ramai yang mendesak David memohon maaf secara terbuka kerana sikapnya itu, namun tegasnya, selepas kejadian itu berlaku, beliau sendiri sudah pun memohon maaf kepada Perdana Menteri. Malah katanya, ramai yang melihat video itu salah faham dengan kejadian sebenar.

“Saya sudah minta maaf dengan PM sendiri, saya bisik dengan beliau masa saya bersalam dengan beliau. Beliau juga senyum sahaja dengan saya. Ramai orang tak tengok video itu betul-betul. Saya baru bercakap dengan Rosyam sahaja, belum dengan PM lagi,” katanya kepada m Star Online. (rtky/w)