Pelakon dan penyanyi Bella Astillah berkongsikan cita rasanya mengenai penampilan lelaki yang menarik perhatiannya dalam satu siaran langsung di TikTok.
Menerusi video yang dikongsikan semula oleh seorang pengguna TikTok, Bella berkata dia tertarik dengan lelaki yang berpakaian kemas dan yang mengenakan sut.
BACA: “Dulang Boys YB & Bella Astillah” – Ibu Aliff Aziz ‘Like’ Posting Hairul Azreen
@scha…..a ye ke? #syedsaddiq #bellaastillah #BASS
“Saya memang suka orang yang berpakaian kemas macam pakai sut. Saya tak suka orang berpakaian hipster. Tapi itu tak salah, pilihan masing-masing. Lelaki pakai sut nampak berkarisma dan matang,” katanya.
Turut menjadi perhaitan, Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq yang berasa di sebelahnya mengakui dia juga gemar mengenakan pakaian kemas.
Diruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat gelagat Bella dan Saddiq serta ada yang mahu melihat kedua-dua mereka betul-betul bercinta.