Penyanyi Mas Idayu berkata keputusannya untuk bercerai dengan bekas sumi, Muhammad Sufian bukan dibuat mengikut perasaan dan dia turut merujuk pihak agama.

Memetik mStar Online, Mas Idayu berkata dua tahun dia cuba pertahankan rumah tangga dan turut melakukan solat istikarah setiap malam untuk meminta petunjuk daripada Allah.

BACA: “Saya Sangat-Sangat Layak Untuk Mohon Penceraian”

“Dua tahun saya bertahan sebab sayangkan perkahwinan ini tapi bila rujuk kepada kadi yang menikahkan kami, ustaz serta mutawif saya layak (mohon cerai) bukan suka-suka.

“Saya solat istkarah setiap malam minta petunjuk malah sepanjang bulan Rejab saya bersujud mohon bantuan dan petunjuk Allah,” katanya.

Sementara itu, Mas Idayu mengakui dia memfailkan cerai di Mahkamah Syariah tanpa pengetahuan Sufian namun tidak pernah sembunyikan kehadirannya ke mahkamah.

Dalam pada itu, Mas berkata dia bahagia selepas bercerai namun timbul rasa bersalah kerana perkahwinan mereka sebelum ini mendapat pelbagai sokongan dan tajaan.

“Saya tak sedih tentang perceraian cuma ralat dan rasa kasihan pada mereka yang menaja perkahwinan kami. Saya gembira sangat dan harap pihak sana pun begitu,” katanya.

SUMBER: mStar Online

×