Beberapa hari lalu, perkongsian pelakon dan model Thanuja Ananthan menjadi perhatian apabila mengatakan dia terkesan melihat haiwan disembelih pada Hari Raya Aidiladha.
Malah, dia terpaksa tidak melihat media sosial kerana tidak sanggup melihat banyak video memaparkan haiwan disembelih.
BACA: “Hati Rasa Hancur” – Thanuja Sedih Tengok Haiwan Dikorban Pada Aidiladha
View this post on Instagram
Perkara itu turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Firdaus Wong yang menyarankan Thanuja untuk membuat pemeriksaan kesihatan mental.
Menerusi perkongsian di Instagram, Firdaus berkata kenyataan Thanuja itu seperti individu yang menghidap dementia dimana mereka terlupa akan perkara atau peristiwa yang baru terjadi.
“Melihat kepada komentar dari Thanuja, saya bimbang akan kesihatan mentalnya & menyarankan Thanuja Ananthan untuk membuat pemeriksaan kesihatan mental.
“Mungkin Thanuja terlupa pernah berkongsi nasi beriyani ayam pada 2016. Ya la, dah hampir 10 tahun kot. Atau saudari terlupa tentang hidangan ikan salmon pada Feb 2025?” tulisnya.
Sementara itu, Firdaus turut mendakwa Thanuja tidak tahu membezakan dan terlupa hidangan ayam yang dijamahnya adalah haiwan yang disembelih.
“Atau bagi Thanuja, saudari makan ayam & ikan tu bukannya dibela dan tak disembelih atau Thanuja merasakan kalau anda yang buat takpe tetapi Muslim sembelih lembu atau kambing ketika Aidiladha itu tak ok?
“Atau sebenarnya saudari bukan menghidap simptom dementia tetapi simptom KKS iaitu Kurang Kasih Sayang lalu mendambakan perhatian?” tulisnya lagi.