Penyanyi Mas Idayu mengaku dia yang menuntu cerai daripada bekas suaminya, Muhamad Sufian Che Isa serta dia mempunyai sebab berbuat demikian.
Memetik temu bual bersama Melodi, Mas Idayu turut menegaskan dia layak untuk memohon perceraian namun memilih tidak berkongsikan punca dia memohon cerai kerana tidak mahu membuka aib sesiapa.
BACA: Mas Idayu, Sufian Dah Bercerai 4 Mac Lalu
“Kalau ditanya kenapa, saya sangat-sangat layak untuk mohon penceraian. Kalau seorang isteri minta cerai tanpa sebab, tak cium bau syurga. Tak perlulah cari siapa salah kerana saya yang minta untuk dilepaskan, tak mahu buka aib sesiapa,” katanya.
Sementara itu, Mas Idayu berkata dia dan bekas suaminya berpisah secara baik malah mereka tidak bergaduh apabila netizen membuat andaian penyanyi itu punca mereka bercerai.
“Sebenarnya saya dengan Sufian tak gaduh langsung, pergi mahkamah boleh ketawa-ketawa. Kalau netizen buat andaian macam tu, macam mana nak minta maaf dengan saya?” katanya.
Terdahulu, media melaporkan Mas Idayu dan Sufian sah bercerai pada 4 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.