“Saya Rasa Tak Layak Menang, Tapi Ini Yang Peminat Nak”

Menang besar di ABPBH32 dan dinobat sebagai Bintang Paling Popular, Mira Filzah berkata kemenangannya itu adalah rezeki daripada Tuhan. Ujarnya lagi, kemenangan itu juga bukanlah alasan untuknya hanya goyang kaki selepas ini.

Kata Mira lagi, dia mengakui tidak layak untuk menang namun dia percaya ini yang peminat mahukan dan akan memberikan yang terbaik selepas ini. Ujarnya lagi, dia mahu mereka diluar sana melihat bakatnya.

BACA: “Saya Menang Kerana Kerja Keras Bukan Kontroversi”

“Alhamdulillah, saya percaya rezeki itu datangnya pada Tuhan dan juga usaha kita. Anugerah atau kemenangan seperti ini bukanlah satu alasan untuk kita lebih relax atau goyang kaki.

“Sebenarnya secara jujurnya saya rasa tak layak tapi disebabkan ini adalah undian, saya percaya ini yang peminat saya nak. Bagi saya bila dah menang ni, rasanya seperti tanggungjawab untuk berikan yang terbaik dan perbaiki supaya orang boleh rasa berbaloi kemenangan itu.

“Kalau boleh saya nak orang nampak bakat saya, dan biarlah kemenangan itu selari dengan bakat,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Mira tidak menganggap kemenangannya itu kerana kontroversi tetapi kerja keras olehnya.

Terdahulu, Mira merangkul tiga trofi di Anugerah Bintang Popular BH Ke-32 iaitu Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Wanita Popular dan Bintang Paling Popular.

×