fbpx

“Saya Pun Sudah Penat Dengan Isu Ini”

Nampaknya bukan sahaja peminat, malah empunya badan, Aliff Aziz juga turut muak dengan kontroversi ‘karaoke’ yang masih berpanjangan. Kini Aliff meletakkan sepenuhnya penilaian di mata peminat selepas pengarah drama Izinkan Aku Mencintaimu, Mansor Akob menafikan dakwaan Afifah Nasir.

BACA: Pengarah Drama Nafi Dakwaan Afifah Nasir

“Saya fikir rakyat Malaysia sudah penat dengan isu ini. Saya sudah cakap bahagian saya. Tiada apa lagi nak cakap. Melalui kenyataan pengarah drama, semua orang boleh menilai. Bagi saya, di situ sudah terjawab segala persoalan. Saya pun sudah penat dengan apa yang berlaku”

Ketika menyerbu Aliff dan Afifah di set pengambaran drama terbabit, kelihatan beberapa orang pengawal peribadi berada di set pengambaran menemani Aliff. Jelasnya beliau mengambil tindakan itu bagi menjaga keselamatannya serta mengelakkan fitnah terhadapnya lagi.

“Apabila kekasih Afifah (Wan Ariff) beritahu mahu bawa pengawal peribadi, saya juga bertindak sama. Namun, bukan kerana saya takut,” jelasnya kepada portal Berita Harian Online mengenai tindakan teman lelaki Afifah yang membawa beberapa pengawal peribadi.

Sementara itu, Afifah ketika ditemui masih mempertahankan kenyataannya sebelum ini dan mendakwa hanya segelintir kru produksi sahaja yang mengetahui mengenai rancangan ‘memujuk’ Aliff. Rasanya kontroversi ini pun dah terlalu panjang. Mungkin Afifah juga patut ‘move on’ saja. (rtky/w)