Sebut saja nama Boy Iman, pasti ramai tahu beliau antara pelakon popular satu ketika dahulu menerusi telefilem versi VCD, Blok 404. Baru-baru ini, Datuk Boy Iman mengimbas kembali kenangan ketika dicalonkan sebagai finalis Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002.
Menerusi perkongsiannya di Instagram itu, beliau turut meluahkan rasa terkilan dengan sikap segelintir pelakon baru yang tidak menghormati pelakon senior. Katanya lagi, ramai pelakon baru mula tunjuk lagak walaupun baru membintangi satu dua drama.
BACA: Boy Iman Dedahkan Sikap Sebenar Datuk Seri Vida
“Sebab tu saya tak heran dengan budak-budak baru nak up ni, baru berlakon satu dua drama pastu meletop dah “kerek” dengan kita artis senior ni. Jumpa artis lama pun tak nak hormat. Nasib baiklah saya ni produser, ada gelaran “dato” dan “paduka ayahanda”.
Boy Iman turut mengkritik pelakon baru yang disifatkan ‘kayu’ dalam lakonan. Beliau turut memberi nasihat kepada pendatang baru untuk mempelajari ilmu dalam bidang lakonan agar mutu lakonan seiring dengan populariti dikecapi.
“Kalau tak dengan saya dia langgar dan berlagak. Saya perhati je pelakon-pelakon baru nak up ni, berlakon pun macam kayu. Harap followers je ramai dekat ig dan media sosial. Itupun ada yang lupa diri, sombong dengan peminat dan rakan-rakan media.
“Saya nak ingatkan industri ini kecik aje dan bermusim. Ada masa awak diatas dan ada masa awak dibawah. So prepare la apa yang patut bila time tu tak laku, tak ada peminat dan jangan jadi masa tu tak ada apa-apa. Yang penting ilmu lakonan tu kena cari dan gali.” tulisnya.
Dalam pada itu, Boy Iman turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokonnya dan membencinya sepanjang 19 tahun berada dalam industri hiburan tanah air.